Sorting by

×

MASJID SELAT TERIMA HAMPIR 500 JEMAAH IFTAR SETIAP HARI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 2 Mac – Masjid Selat, di sini, terus menjadi tumpuan umat Islam dalam dan luar negara sepanjang Ramadan tahun ini.

Imam I Masjid Selat Melaka Mohd Khidhir Hamidon berkata, ia memandangkan sejak awal Ramadan lalu hampir 500 umat Islam singgah ke Masjid Selat Melaka untuk berbuka puasa pada setiap hari.

Selain itu katanya, kepelbagaian pengisian program kerohanian yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Masjid Selat Melaka bermula dari malam pertama hingga malam terakhir Ramadan turut menjadi penarik untuk umat Islam menambah pahala di bulan mulia ini.

“Antara pengisian utama ialah qiamullail setiap malam sepanjang Ramadan. Selain itu, pihak masjid turut menyediakan juadah sahur harian dan menganjurkan tazkirah sebelum solat Zohor sebagai pengisian rohani kepada jemaah.

“Untuk berbuka puasa, kita menyediakan juadah untuk kira-kira 200 orang setiap hari, namun jumlah kehadiran biasanya mencecah antara 300 hingga 500 orang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20260301 wa0005
IMAM I Masjid Selat, Mohd Hidhir Hamidon. Foto Afiq Mustaffa

Mengulas lanjut, Mohd Khidhir memaklumkan pihaknya turut menerima sumbangan dan infaq harian daripada pelbagai pihak bagi menampung keperluan jemaah berbuka.

Tambahnya, Masjid Selat Melaka turut dibuka 24 jam sepanjang Ramadan bagi memberi peluang kepada orang ramai beriktikaf dan mengimarahkan masjid.

“Alhamdulillah, kita turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menampung keperluan jemaah dan jumlah program pada Ramadan kali ini memang lebih banyak berbanding tahun lalu.

“Walaupun sebelum ini masjid pelancongan mempunyai kawalan tertentu, sepanjang Ramadan pihak masjid memberi kelonggaran demi keselesaan jemaah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

390
Kongsi :
Previous post DEMI KESELAMATAN RAKYAT, KETUA MENTERI TINJAU SIMPANG ‘BERDARAH’ LONDANG
Next post PPSPM MENGUKIR SENYUMAN SEPANJANG RAMADAN