
MASUK PERCUMA KE MUZIUM PENJARA HINGGA 31 JULAI
BANDA HILIR 2 Julai – Muzium Penjara Malaysia, melanjutkan insentif kemasukan percuma kepada orang ramai ke muzium itu iaitu sehingga 31 Julai 2025.
Muzium Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran istimewa itu sebelum ini ditetapkan selama sebulan iaitu pada 1 hingga 30 Jun 2025, namun ia dilanjutkan sebulan lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung menikmat pelbagai tarikan yang disediakan.
Menurut muzium berkenaan, insentif itu diberikan bersempena Bulan Sambutan Hari Penjara Ke-235 yang bertemakan ‘Peradaban Manusiawi Perkukuh Masyarakat Madani’.
“Jom Ke Muzium Penjara Malaysia! Pelanjutan masuk percuma di Muzium Penjara Malaysia sempena Hari Penjara Ke-235.
“Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium Penjara dan merasai sendiri pelbagai tarikan dan suasana di dalam sel banduan,” kata kenyataan itu.
Insentif kemasukan percuma itu ditawar pada setiap hari bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
