Sorting by

×

MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di negeri ini.

Fong Choy Kim, 44, berkata, dasar itu sangat dirasai apabila Kerajaan Negeri menganjurkan pelbagai program melibatkan rakyat berbilang kaum, termasuk sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Dia yang berasal dari Lorong Pandan berkata, menerusi majlis itu, rakyat bukan sahaja dapat dekat dengan pemimpin, bahkan bibit kemesraan itu juga dapat dirasai sesama rakyat berbilang kaum sekali gus terus memperkukuh agenda perpaduan dan keharmonian di negeri ini.

“Walaupun berbangsa Cina, saya memang rapat dengan masyarakat Melayu kerana sudah biasa duduk di kampung dan bercampur dengan berbilang kaum termasuk di tempat kerja.

“Bila dapat bercampur seperti ini memang dirasai kemesraan sesama rakyat dan pemimpin. Saya memang sangat menyokong usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan gagasan Melaka Sayang Rakyat seperti ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada majlis berkenaan.

WhatsApp Image 2026 03 28 at 13.59.45
FONG CHOY KIM

Menurut Choy Kim, ini merupakan kali kedua dia dan keluarga hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka dan baginya tahun ini lebih menarik dan selesa walaupun diadakan lebih sederhana.

“Paling istimewa, saya dapat merasai makanan tradisional masyarakat Melayu yang amat saya sukai seperti ketupat, lemang, rendang ayam dan putu piring,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post ‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
Next post DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA