Sorting by

×

MASYARAKAT DI HATI MPAG CERMINAN KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

REMBIA 6 Ogos – Penganjuran program Masyarakat Di Hati Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang dilaksanakan di bawah rangka program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan jangka pendek yang bersasar kepada semua lapisan masyarakat.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program itu digerakkan dengan hasrat untuk memastikan setiap bentuk bantuan dan sokongan disampaikan secara terus kepada yang benar-benar memerlukan tanpa ada yang tercicir.

Beliau berkata, program Masyarakat Di Hati MPAG amat bertetapan dengan dasar Kerajaan Negeri yang memberi keutamaan kepada aspek kebajikan rakyat.

“Sokongan sepenuhnya diberikan terhadap penganjuran program seumpama ini kerana ia bukan sahaja meringankan beban hidup rakyat tetapi turut memperkukuhkan jaringan sosial yang inklusif.

“Inisiatif seperti ini juga mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan jangka pendek yang bersasar dan selari dengan perancangan pembangunan sosial yang menyeluruh demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Masyarakat Di Hati MPAG Tahun 2025 yang turut dihadiri Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan  Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim di Kampung Jelatang, di sini, semalam.

Fairul Nizam berkata, bersempena WRUR DUN Rembia, terdapat dua buah kediaman yang dikenal pasti bagi menerima sumbangan baik pulih merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan, penggantian peralatan elektrik asas serta pembersihan menyeluruh.

“Melalui pelaksanaan program ini juga, sumbangan berbentuk wang tunai dan kit makanan turut disampaikan kepada enam orang penerima dalam kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Rembia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post LONJAKAN KES PENYAKIT BERJANGKIT BERI CABARAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN
Next post WTD 2025: MBMB TINGKAT IMEJ BANDARAYA MELAKA