
Mayat dipercayai anggota komando hilang ditemui di Tanjung Sepat, Selangor
MELAKA 19 Februari – Mayat lelaki dipercayai Lans Koperal Edrin Baitim yang hilang sejak 12 hari lalu ketika menjalani latihan selam di perairan Pulau Undan ditemukan di kawasan paya bakau Kampung Batu Laut, Tanjong Sepat di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis daerah itu berhubung penemuan mayat lelaki yang berpakaian lengkap menyelam berwarna hitam serta peralatan skuba di kawasan berkenaan.
Beliau berkata mayat berkenaan pada jam 10.30 pagi tadi oleh nelayan di kawasan itu.
Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat selain perlu dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identitinya.
“Setakat ini positif (mayat itu adalah Edrin) berdasarkan pakaian selam yang dipakai selain pengesahan daripada pihak tentera.
“Bagaimanapun, perkara itu perlu disahkan secara saintifik menerusi hasil bedah siasat dan ujian DNA,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pada 7 Februari lalu Edrin, 25 daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor hilang selepas menjalani latihan selam bersama 37 anggota lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
MACHAP JAYA 5 April - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menggunakan kesempatan berkumpul pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang...
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
