
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan
PORT DICKSON 12 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mengesahkan penemuan satu mayat terapung di sekitar perairan Tanjung Tuan dekat sini petang semalam.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.
Susulan itu, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi dan mendapati mayat itu seorang lelaki hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.
“Mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.
Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi pusat operasi maritim atau kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
FESTIVAL MAKANAN, SUKAN PERMOTORAN BERSKALA MEGA DI MELAKA OKTOBER DEPAN
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri menjemput penganjur Food & Drift Festival untuk menganjurkan program berkonsep makanan dan sukan...
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
HADIAH RM100,000 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Hampir 100 hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang menaiki...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG
PAYA RUMPUT 8 Februari - Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari hingga 15 Februari depan bakal membawa...
