Sorting by

×

MBMB ANJUR LEBIH 20 PROGRAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-23

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDA HILIR 7 April – Lebih 20 program dan aktiviti menarik bakal mewarnai Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah bulan ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, program-program yang dirancang itu bakal melibatkan pelbagai lapisan masyarakat merangkumi segenap spektrum, termasuk kebajikan dan keagamaan.

Jelas beliau, di bawah pentadbiran MBMB, ia merangkumi penduduk berbilang kaum di bawah 12 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami telah merangka pelbagai acara dan aktiviti melibatkan semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum serta umur bersempena dengan sambutan ulang tahun MBMB yang ke-23.

“Selain aktiviti kemasyarakatan, aspek keagamaan juga tidak kami lupakan. Antaranya, bacaan Yasin akan diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang bulan ini.

“Majlis utama iaitu doa kesyukuran dan bacaan Yasin pula akan diladakan di Masjid Al Azim pada 16 April nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Santuni Kasih Aidilfitri sempena Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah di Pekarangan Intrinseque Health, Jalan Portugis, di sini, pada Ahad.

Majlis itu dirasmikan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Menurut Shadan, program itu merupakan sebahagian inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkonsep kebajikan dan kemasyarakan yang diadakan dengan kerjasama syarikat swasta bersempena ulang tahun ke-23.

Jelas beliau, seramai 250 golongan kurang bernasib baik di dalam kawasan pentadbiran MBMB dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk barangan elektrik dan keperluan harian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post 25 LAMPU SOLAR TERANGI LALUAN GELAP MACHAP JAYA
Next post KRISIS ASIA BARAT: RAMAI PILIH MELANCONG DALAM NEGARA, RANTAU ASIA