Sorting by

×

MBMB CERIAKAN SUASANA DENGAN HIASAN WARNA-WARNI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Januari – Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina kian terasa apabila sekitar Bandaraya Melaka kini mula dipasang dengan pelbagai perhiasan seperti tanglung dan lampu bercahaya.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, inisiatif menghias lokasi tarikan dalam kawasan pentadbirannya dengan lampu bercahaya dan tanglung adalah amat bersesuaian dengan semangat perpaduan di negara ini.

“Sebanyak enam lokasi terlibat dalam inisiatif ini yang antaranya adalah Graha Makmur MBMB, Jejambat Malim, Jejambat Al-Azim dan Jejantas Tun Sri Lanang.

“Lokasi ini dipilih berdasarkan kepada kepadatan komuniti Cina, diharapkan inisiatif kami laksanakan membantu menceriakan lagi tahun kuda bakal tiba nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran langsung di Melaka FM bersama Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Kem Sungai Udang, Kolonel Nordin Abu, di sini, pada Selasa.

Menurutnya selain tanglung, MBMB turut akan melakukan pengindahan termasuk penghcayahaan di lokasi terlibat bagi menambah menaikkan lagi ‘mood’ ceria pada waktu malam.

“Sambutan perayaan seperti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran bandaraya malah turut memberi kesan positif kepada komuniti setempat serta sektor pelancongan.

“MBMB sentiasa komited untuk terus menyokong penganjuran dan sambutan perayaan pelbagai kaum sebagai usaha memupuk perpaduan serta mengekalkan imej Melaka sebagai bandaraya mesra rakyat dan pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

334
Kongsi :
Previous post MELAKA-CHONGQING TEROKA POTENSI KERJASAMA PENGURUSAN BANDAR MAMPAN