Sorting by

×

MBMB PBT PERTAMA DI MELAKA MILIKI ABMS

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BUKIT KATIL 7 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Melaka yang memiliki Sistem ‘Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, MBMB berada di kedudukan kedua selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Malaysia.

Katanya, sistem ABMS itu berfungsi sebagai garis panduan integriti yang dibukukan, dan ia juga menjadi asas kelulusan Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa (ISO) untuk pentadbiran bersih.

“Pensijilan (ABMS) ini penting kerana ia merangkumkan semua garis panduan tentang integriti yang dibukukan untuk kelulusan ISO.

“Ini menunjukkan MBMB komited melaksanakan integriti dari segi tatakelola untuk melakukan apa jua kerja yang ada dalam kawasan pentadbiran MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Program Fun Walk Bertemakan ‘Melangkah Laju, Integriti Padu’ sempena Sambutan Hari Integriti dan Hari Anti Rasuah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2025 bersama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil) merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya serta barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Terdahulu pada majlis tersebut, seramai 1,500 peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri mengambil bahagian pada program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post WRUR BUKAN PROGRAM RETORIK POLITIK – ADLY
Next post PPSPM TAWAR DISKAUN 10 PERATUS SEMPENA RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0