Sorting by

×

MBMB PELBAGAIKAN PLATFORM BAYARAN PARKIR MUDAHKAN RAKYAT, PELANCONG

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 31 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus memperkasa pelaksanaan sistem parkir pintar dalam kawasan pentadbirannya seiring dengan perubahan trend transaksi digital dalam kalangan masyarakat dan pelancong.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kaedah pembayaran digital masa kini menjadi pilihan utama kerana lebih praktikal berbanding penggunaan kupon parkir fizikal.

Shadan berkata, hasil pemerhatiannya mendapati pembelian kupon parkir secara fizikal semakin berkurangan apabila orang awam beralih kepada transaksi digital.

“Situasi ini mendorong MBMB untuk memudahkan urusan masyarakat dan pelancong yang berkunjung ke lokasi pelancongan utama negeri dalam kawasan MBMB.

“Langkah ini dilihat lebih selesa dan mesra pengguna yang mana MBMB turut menyediakan beberapa platform berbeza bagi pembayaran kupon parkir di setiap kawasan MBMB.

“Malah, MBMB juga merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini setakat ini yang berkolaborasi dengan Touch N’Go e-wallet bagi pembayaran parkir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

600183502 1425881542438205 8473306822299566469 n

Mengulas lanjut, Shadan berkata MBMB juga akan memperkasakan aplikasi sistem Melaka Smart Parking yang memberi kemudahan kepada orang awam atau pelancong dalam urusan parkir di bawah kawasan MBMB dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“MBMB akan terus memperhebat usaha dan langkah dalam menyediakan pelbagai pilihan kaedah pembayaran digital bagi memastikan kemudahan yang ditawarkan selari dengan keperluan semasa serta kemampuan pengguna.

“Menggunakan sistem yang sama, orang awam atau penduduk dalam kawasan MBMB juga tidak perlu hadir ke kaunter MBMB bagi urusan pembayaran cukai dan perkhidmatan lain yang kini banyak dilaksanakan secara dalam talian sekali gus memudahkan pelbagai pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

410
Kongsi :
Previous post MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
Next post BUKTI MELAKA UNGGUL SEBAGAI BANDAR PELANCONGAN BERSIH, LESTARI