Sorting by

×

MBMB SASAR PENTADBIRAN LEBIH CEMERLANG PADA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 4 Januari – Melangkah ke tahun 2026 disifatkan sebagai fasa baharu yang penuh cabaran, sekali gus menuntut seluruh warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk terus memperkukuh prestasi serta melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, kejujuran dan integriti.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, komitmen berterusan seluruh warga kerja MBMB amat penting bagi memastikan agenda utama pentadbiran dapat dilaksanakan dengan jayanya selari dengan aspirasi pembangunan negeri.

“Sepanjang tahun 2025, MBMB mencatatkan pencapaian membanggakan apabila menerima sebanyak 35 anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kejayaan ini merupakan manifestasi kepada semangat kebersamaan, disiplin tinggi serta komitmen berterusan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam video Amanat Tahun Baharu 2026 MBMB yang dokongsi di laman Facebook rasmi MBMB.

Mengulas lanjut, Shadan berkata pelaksanaan agenda dan inisiatif yang berjaya sepanjang 2025 perlu diteruskan serta diperkasakan, manakala setiap kelemahan dan kegagalan dijadikan teladan bagi penambahbaikan berterusan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam pada itu, MBMB turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri atas sokongan dan kerjasama erat dalam memastikan Bandaraya Melaka kekal bersih, selamat dan berdaya huni.

Beliau turut mengajak seluruh warga MBMB untuk meningkatkan keazaman dan iltizam agar pihak berkuasa tempatan itu terus melangkah ke hadapan dan kekal dipandang tinggi sebagai organisasi yang berwibawa serta cemerlang.

“Marilah kita bersama-sama beristiqamah dan mengekalkan budaya kerja berintegriti supaya MBMB terus menjadi contoh pentadbiran bandar yang unggul,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post BUSANA TRADISIONAL ANGKAT SENI DAN BUDAYA MELAKA
Next post MPJ TUMPU PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR, PERKASA ‘JASIN COMMAND CENTRE’