Sorting by

×

MBMB TERUS MELAKAR KEJAYAAN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 17 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merangkul 35 pengiktirafan dan anugerah sepanjang tahun 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dari aspek pengurusan kewangan pula MBMB berjaya merekodkan jumlah hasil melebihi RM210 juta bagi tahun 2025, manakala sasaran hasil bagi tahun 2026 ditetapkan sebanyak RM248.46 juta.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka sebaliknya mencerminkan kecekapan pentadbiran, kekuatan perancangan serta kesungguhan warga MBMB dalam memastikan setiap perkhidmatan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Ab Rauf berharap seluruh warga MBMB terus memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Saya serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sentiasa menaruh harapan tinggi kepada warga MBMB untuk menggerakkan segala misi dan visi Kerajaan Negeri.

“Bantu dan bekerjalah bersama saya agar kita dapat melakar lebih banyak kejayaan, sekali gus merealisasikan agenda pembangunan bandar yang mampan demi rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

226
Kongsi :
Previous post LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
Next post AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU