Sorting by

×

MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENGKALAN BATU 11 April – Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka buat julung kalinya yang dijadualkan pada Mei depan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, penganjuran temasya itu merupakan cetusan idea Ketua Menteri dan kini sedang diperhalusi sebelum dilaksanakan.

Katanya, kaedah pelaksanaan memerlukan penelitian lanjut membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bersama Majlis Sukan Negara (MSN) negeri.

“Inisiatif mengadakan temasya ini tidak lain untuk mengangkat martabat golongan OKU di Melaka selain boleh dijadikan medan untuk mencungkil bakat baharu.

“Di Melaka ini seramai 36,000 inidividu OKU yang berdaftar, ia bukan angka yang kecil dan memerlukan kaedah yang betul untuk direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, penelitian lanjut perlu dilaksanakan bagi memastikan kejayaan penganjuran Sukan OKU itu.

“Kita yakin acara Sukan OKU Melaka ini nanti akan diangkat menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai atlet para malahan dapat meningkatkan keyakinan diri golongan ini.

“Selain itu, Sukan OKU ini juga dapat dijadikan platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

356
Kongsi :
Previous post MESRA TURUT FOKUS KEPADA ASPEK PENDIDIKAN, KEBAJIKAN RAKYAT
Next post TOK RAOP AJAK ALUMNI BERSAMA-SAMA PERKASA SMK GHAFAR BABA