Sorting by

×

MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT TVET TAHFIZ PERTAMA DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Melaka bakal menjadi yang pertama di dunia memiliki sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz yang akan dibangunkan di Pulau Besar, tidak lama lagi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, cadangan membangunkan institusi TVET Tahfiz itu kini berada di peringkat akhir perbincangan dan setakat ini ia menunjukkan perkembangan positif.

Jelas beliau, jika direalisasikan kelak, Maahad Tahfiz Bestari di Pulau Besar akan dinaik taraf dan bakal mencetus satu lagi dimensi baharu dalam sektor pendidikan di negara ini.

“Bagi merealisasikan hasrat itu kita sudah diperingkat akhir perbincangan, di mana bangunan sedia ada akan dinaik taraf dengan kos dianggarkan berjumlah kira-kira RM1 juta.

“Sekiranya semua perancangan untuk tujuan ini berjalan lancar, kemasukan pelajar dijangka akan bermula pada tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Rahmad, antara kursus yang ditawarkan di Pusat TVET Tahfiz Pulau Besar itu adalah persijilan profesional menyelam dasar laut.

“Di situ nanti kita akan tawarkan persijilan profesional menyelam dasar laut, di mana pelajar-pelajar tahfiz itu akan mempunyai ‘professional diving licence’.

“Saya percaya sekiranya hasrat ini terlaksana ia akan memberi ruang dan peluang untuk huffaz mempunyai kemahiran lain sekali gus membantu mereka menjadi golongan profesional,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

654
Kongsi :
Previous post JAPERUN DUYONG MAHU BANTU PESALAH DADAH BERUBAH
Next post WARGA DUYONG BERSYUKUR DIKURNIA PEMIMPIN PRIHATIN