
MELAKA BERDUKACITA PEMERGIAN TUN ABDULLAH – KM
AYER KEROH 14 April – Melaka turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden UMNO ke-6.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, secara peribadi beliau cukup terkesan dengan pemergian tokoh negarawan itu yang disifatkan ketokohannya meninggalkan impak buat parti UMNO khususnya, rakyat Malaysia dan negara amnya.
“Era kepimpinan “Pak Lah” sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan serta Islam Hadhari akan terus diingati sebagai pemimpin yang sederhana dan dikenang oleh setiap rakyat Malaysia.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah,” katanya dlaam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.
Dalam hantaran sama, Ab Rauf mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka turut mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELANCONG INDONESIA GEMAR ‘HEALING’ DI MELAKA
KESIDANG 11 Jun - Melaka semakin popular dalam kalangan pelancong Indonesia sebagai destinasi 'healing' yang merangkumi percutian santai, pelancongan kesihatan...
LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG
KLEBANG 11 Jun - Lebih 15 kediaman di sekitar Pulau Gadong, di sini, terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang...
AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI
AYER KEROH 11 Jun - Ayer Keroh Country Club (AKCC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1...
WRUR JADIKAN MPHTJ LEBIH MESRA RAKYAT
KESIDANG 11 Jun - Pendekatan turun padang menerusi diamalkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap kali Program Wakil Rakyat...
INDONESIA JADI TUMPUAN PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
KESIDANG 10 Jun - Pelancongan kesihatan kekal sebagai segmen berpotensi tinggi dalam industri pelancongan Melaka, dengan pasaran Indonesia terus menjadi...
MPHTJ BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA CHEN CHEN
KESIDANG 10 Jun - Diuji dengan keadaan suami yang tidak mampu lagi bekerja selepas tiga kali diserang strok, kunjungan kakitangan...

