Sorting by

×

MELAKA BILA LARUT MALAM JADI NADI EKONOMI RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDA HILIR 8 Februari – Melaka Bila Larut Malam yang mula diperkenalkan pada Jun 2024 yang lalu telah menjadi bukti jelas bahawa ia bukan sekadar sebuah inisiatif atau acara pelancongan.

Sebaliknya, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program itu telah menjadi nadi ekonomi rakyat, menghidupkan peniaga kecil, penggiat seni, pemain industri pelancongan dan memberi denyut baharu kepada bumi bersejarah ini.

Menurut beliau, setiap bulan, program itu terbukti berjaya menggamit pengunjung dan mendapat sambutan cukup hebat daripada pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negeri dan antarabangsa.

“Sepanjang perjalanan saya ke sini, kiri dan kanan dipenuhi pengunjung. Bukan sahaja rakyat Melaka, malah pelancong dari luar negeri dan luar negara.

“Yang lebih membanggakan, kepelbagaian busana, budaya dan wajah ceria malam ini benar-benar mencerminkan keunikan Melaka sebagai negeri warisan dunia yang hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Melaka Bila Larut Malam Edisi Februari 2026 dan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cruise Madani Melaka River Cruise 2025 di Perkarangan Stadthuys, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong serta Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen.

Turut bersama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited menjadikan Melaka Bila Larut Malam sebagai acara pelancongan bulanan yang beridentiti, inklusif dan dekat di hati rakyat.

“Ia bukan sekadar menghidupkan malam, tetapi menyatukan budaya, warisan dan jiwa rakyat Melaka,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

338
Kongsi :
Previous post CABUTAN BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE DITERUSKAN TAHUN INI
Next post MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT