
Melaka catat 26 kes baharu COVID-19 hari ini
AYER KEROH 24 Feb. – Melaka kekal merekodkan kes jangkitan COVID-19 harian pada dua angka sejak dua minggu lalu dengan 26 kes positif hari ini.
Berdasarkan infografik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan negeri menunjukkan tiada kes kematian direkodkan sejak lima hari lalu dan kekal 18 orang.
Daripada 26 kes baharu direkodkan hari ini 18 kes membabitkan banduan atau pendatang tanpa izin (PATI), tujuh kes tempatan dan satu kes import.
Keseluruhannya, seramai 309 pesakit sedang dirawat di Hospital Melaka dengan sembilan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat menggunakan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, 70 kes sembuh baharu dicatatkan, 69 kes tempatan dan satu kes import
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘HEBAT’ SEMAKIN DITERIMA, BUKTI KERAJAAN MELAKA SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) terbukti menjadi platform berkesan...
PUSAT DATA AI PERTAMA DIBANGUNKAN DI MELAKA DENGAN NILAI PELABURAN LEBIH RM9 BILION
SERI NEGERI 4 Februari - Melaka bakal memiliki sebuah pusat data (data centre) berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di...
DR. AKMAL MASIH MENJALANKAN TUGAS EXCO – KM
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh masih menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri sehingga keputusan peletakan...
KAGUM WIBAWA ‘YB HELMY’, LEE KIM CHOO MAHU PINDAH KE DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Keterujaan jelas terpancar pada wajah, Lee Kim Choo, 54, ketika menyatakan hasrat untuk menukar alamat...
HEBAT SIRI 1/2026 SELESAI 271 ADUAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) siri pertama tahun 2026...
ASNAF MAIM BERSYUKUR ADA CAHAYA SAMBUT RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 4 Februari - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila...
