Sorting by

×

MELAKA CERIAKAN DEEPAVALI 84 MURID SJKT

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Oktober – Deepavali kali ini lebih bermakna bagi 84 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang terpilih menerima sumbangan pakaian baharu daripada Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam.

Shanmugam berkata, sumbangan itu melibatkan murid daripada 21 SJKT seluruh Melaka yang diberi peluang memilih sepasang pakaian baharu tanpa menetapkan sebarang had harga.

Katanya, kegembiraan dan keceriaan setiap penerima adalah menjadi keutamaan menjelang sambutan perayaan Deepavali yang akan tidak lama lagi.

“Peserta dipilih sendiri oleh guuru besar dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Kesemua peserta sumbangan akan terima sepasang baju baharu dan yang penting mereka memilih sendiri pakaian kesukaan masing-masing.

“Paling mustahak, mereka gembira dengan baju raya pilihan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan baju raya kepada pelajar kurang berkemampuan di sebuah gedung beli-belah, di Little India, Jalan Bendahara, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor.

Sementara itu, penerima daripada SJKT Ladang Serkam, M Magendran, 11, tidak menyangka berpeluang menerima sumbangan baju baharu dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) kerana menceriakan suasana Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

“Terima kasih buat YB (Shanmugam) kerana sudi menyumbang baju raya baharu kepada saya dan sejujurnya saya tidak menyangka nama saya akan tersenarai sebagai penerima sumbangan ini.

“Saya amat gembira kerana telah diberikan peluang untuk memilih baju raya baharu pada sumbangan kali ini,” katanya.

Sementara itu, C Roshini, 12, murid SJKT Ladang Kemuning pula menyifatkan sumbangan baju baharu sempena perayaan Deepavali amat bermakna buat dirinya kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapanya dalam menyediakan persiapan perayaan tersebut.

“Saya amat gembira dengan sumbangan baju raya ini kerana ia dapat membantu meringankan beban ibu bapanya dalam menyediakan persiapan raya.

“Malah saya dapat berkongsi kegembiraan bersama tiga lagi rakan sekolah saya yang turut terima sumbangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post WRUR: 242 ADUAN DITERIMA DI DUN KLEBANG
Next post BELANJAWAN 2026: LEBIH RM700 JUTA RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN