Sorting by

×

MELAKA CULINARY CHALLENGE 2025: ASAM PEDAS, LEMPENG TIDAK DILUPAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

GADEK 19 Jun – Penganjuran pertandingan bertaraf antarabangsa, Melaka Culinary Challenge 2025 dimanfaatkan untuk mempromosikan makanan warisan negeri ini khususnya asam pedas dan lempeng kepada dunia, sesuai dengan status Melaka sebagai sebuah destinasi pelancong pilihan.

Presiden Persatuan Cef Melaka, Cef Rizwandy Perin berkata, sudah tiba masanya asam pedas dan lempeng dipopularkan dalam dunia kulinari agar setanding dengan hidangan barat atau negara-negara lain.

Katanya, bagi tujuan itu pihaknya turut memperkenalkan kategori asam pedas pada penganjuran kali ini daripada keseluruhan 39 kategori yang dipertandingkan.

“Identiti sesebuah negara itu adalah berdasarkan kepada keenakan dan keunikan makanan warisannya, jadi kita mahu guna kesempatan penganjuran Melaka Culinary Challenge 2025 bagi mengetengahkan asam pedas serta lempeng.

“Setakat ini makanan kita termasuk hidangan warisan boleh diterima oleh orang luar. Bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan kita juga ada kategori pembuatan kek bertemakan Melaka.

“Mungkin akan ada peserta menyediakan kek berbentuk meriam atau apa sahaja rekaan berkaitan negeri bersejarah ini,” katanya ketika ditemui pada tapak penganjuran Melaka Culinary Challenge 2025 di Freeport A’Famosa Outlet, di sini, hari ini.

Menurutnya, Melaka Culinary Challenge 2025 bermula hari ini hingga Sabtu, menarik 500 penyertaan tempatan dan antarabangsa serta melibatkan 63 juri profesional dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

396
Kongsi :
Previous post KEJOHANAN MUAYTHAI TERBUKA NEGERI MELAKA GAMIT 300 PENYERTAAN
Next post RASA TIDAK SEDAP HATI PETANDA ANAK DAN SUAMI SUDAH TIADA