
Melaka dijangka beralih Fasa 4 minggu hadapan
AYER KEROH 14 Okt – Melaka dijangka beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu.
“Melaka sepatutnya boleh bersama dengan Pahang untuk beralih ke Fasa 4, namun melihat jangkitan harian di negeri agak tinggi, maka diminta tangguhkan dulu.
“Sudah pasti minggu hadapan ia akan diputuskan, insya-Allah saya rasa pada ketiga Oktober ini (beralih Fasa 4),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Webinar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini,
Hadir sama, Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ismail Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Zailee Dollah.
Melaka beralih Fasa 3 PPN pada 1 Oktober lalu selepas diputuskan dalam mesyuarat khas berkenaan.
Ismail Sabri dalam kenyataan media sebelum ini dilaporkan berkata peralihan fasa itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
PENANTIAN GENERASI KEDUA FELCRA BAKAL BERAKHIR
ASAHAN 4 April - Penantian 106 generasi kedua Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan, di sini, untuk memiliki tanah sendiri...
RAKYAT GEMBIRA SIMBOL ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Mentadbir sebuah kawasan terbesar dalam Negeri Melaka yang berkeluasan 214 kilometer persegi bukanlah sesuatu yang mudah...
‘WELLNESS HUB’ BANTU PESERTA TURUNKAN BERAT BADAN
TELOK MAS 4 April - Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat setempat yang melihat inisiatif...
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
