Sorting by

×

MELAKA HARI INI BOLOT 8 ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025

Masa Membaca:3 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 14 Disember – Melaka Hari Ini Sdn Bhd membuktikan reputasinya sebagai antara agensi berita terbaik Negeri Melaka apabila membolot lapan anugerah pada Majlis Anugerah Media Ketua Menteri Melaka 2025, di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Melaka Hari Ini memenangi Anugerah Tuah Laporan Berita Akhbar Bahasa Melayu Cemerlang; Anugerah Tuah Kandungan Video/Visual Cemerlang; Anugerah Tuah Kewartawanan Foto Cemerlang; Anugerah Tuah Media Digital Cemerlang dan Anugerah Tuah Media Ketua Menteri Melaka 2025.

Selain itu, Melaka Hari Ini turut memenangi Anugerah Jebat Kewartawanan Rencana Cemerlang; Anugerah Jebat Kewartawanan Foto Cemerlang dan Anugerah Jebat Kandungan Visual Cemerlang.

Anugerah Tuah Laporan Berita Akhbar Bahasa Melayu Cemerlang menyaksikan Mohamad Fazrul Abdul Majid dinobat sebagai pemenang sekali gus membawa pulang RM2,000, trofi dan sijil penghargaan.

Manakala Anugerah Tuah Kandungan Video/Visual Cemerlang dan Anugerah Kewartawanan Foto Cemerlang pula masing-masing dimenangi Aufa ‘Izzati Ahmad Zailani dan Iqmal Haqim Rosman juga membawa pulang RM2,000, trofi serta sijil.

Melaka Hari Ini turut menggondol Anugerah Tuah Media Digital Cemerlang yang dimenangi Mohamad Faris Haikal Mohamad Zakaria yang juga memenangi RM2,000, trofi dan sijil penghargaan.

Selain itu, Liana Sahabudin memenangi Anugerah Jebat Kewartawanan Rencana Cemerlang; Mohd Zaidi Yaacob (Anugerah Jebat Kandungan Video/Visual Cemerlang) dan Muhammad Rasul Azli Samad dengan Anugerah Jebat Foto Cemerlang yang masing-masing membawa pulang RM500 dan sijil.

Img 20251215 030129 915
MELAKA Hari Ini menerima Anugerah Tuah Media Ketua Menteri 2025. Foto Afiq Mustaffa

Malam gemilang Melaka Hari Ini dilengkapkan dengan Anugerah Tuah Media Ketua Menteri Melaka 2025 yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd Nasharuddin Muhamad.

Selaku penerima anugerah khas itu, Melaka Hari Ini memenangi RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Terdahulu, majlis penuh warna-warni bertemakan Retro Klasik 60-an itu diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf pengamal media pelbagai agensi, selain pempengaruh yang telah bersama membantu dalam mempromosikan Negeri Melaka.

Ia turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025

1. Anugerah Berita Akhbar Cemerlang (Bahasa Melayu):
– Mohammad Fazrul Abdul Majid (Melaka Hari Ini)

2. Anugerah Berita Akhbar Cemerlang (Bahasa Inggeris)
– Rsn Murali (The Star)

3. Anugerah Berita Akhbar Cemerlang (Bahasa Cina)
– Tan Yi Wern (The China Press Berhad)

4. Anugerah Berita Akhbar Cemerlang (Bahasa Tamil)
– Malini A/P Rangasamy (Harian Tamil Makkal Osai)

5. Anugerah Kewartawanan Rencana Cemerlang:
– TUAH: Nazri Abu Bakar (Berita Harian)
– JEBAT: Liana Sahabudin (Melaka Hari Ini) & Amran Ali (Utusan Malaysia)

6. Anugerah Kewartawanan Foto Cemerlang:
– TUAH: Iqmal Haqim Rosman
– JEBAT: Muhammad Zulhilmi Daud (Bernama) & Muhammad Rasul Azli Samad (Melaka Hari Ini)

7. Anugerah Berita TV Cemerlang:
– TUAH: Nor Amalina Abdul Halim (RTM)
– JEBAT: Yusri Sahat (TV3) & Mohd Fakri Awang Lah (Bernama)

8. Anugerah Kandungan Video/Visual Cemerlang:
– TUAH: Aufa ‘Izzati Ahmad Zailani (Melaka Hari Ini)
– JEBAT: Mohd Zaidi Ya’acob (Melaka Hari Ini) & Sonny Ikmal Ahmad Kamil (The Star)

9. Anugerah Penyampai Radio Cemerlang:
– TUAH: Murni Safinaz Abu Salim (RTM Melaka)
– JEBAT: Mohammad Asrul Edzuandy Mustapa (MelakaFM) & Sharizad Abu Bakar (RTM Melaka)

10. Anugerah Media Digital Cemerlang:
– TUAH: Mohamad Faris Haikal Mohamad Zakaria (Melaka Hari Ini)
– JEBAT: Mohd Saffuan Md Shah (RTM) & Raihan Abdul Rahim (Tiktokers)

11. Anugerah Tiktokers Melaka Cemerlang:
– TUAH: Mohd Yusuf Zainol (Abg Drone Melaka)
– JEBAT: Nur Syawaludin Anil Muhammad Khairul Anuar (Diari Melaka) & Nurhakiki Abd Hakim (Dak.Kiki)

12. Anugerah Wartawan Muda Melaka Cemerlang:
– Nurul Ashikin Abdul Halim (RTM)

13. Anugerah Khas Media Ketua Menteri Melaka 2025:
– Arul Rajoo A/L Durar Raj (Bernama)
– Tan Lian Wah (Sin Chew Jit Poh)

14. Anugerah Tuah Media Ketua Menteri Melaka 2025:
– Melaka Hari Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

503
Kongsi :
Previous post FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
Next post MELAKA HARGAI PENGAMAL MEDIA SEBAGAI PENYAMPAI KEBENARAN