Sorting by

×

MELAKA IKTIRAF KEPEDULIAN BADAN KORPORAT TERHADAP ASNAF

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 5 Mac – Kerajaan Negeri menghargai dan mengiktiraf peranan badan korporat yang bersama-sama turun padang bagi menyantuni, berkongsi rezeki dan keceriaan bersama golongan asnaf khususnya sepanjang Ramadan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sikap ambil peduli dan solodariti badan korporat menjadi simbol tanggungjawab kolektif semua pihak dalam memperkukuh benteng kebajikan ummah.

Katanya, sehubungan itu Kerajaan Negeri menyanjung tinggi komitmen berterusan Maybank Islamic dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi sentuhan bermakna kepada masyarakat.

“Inilah manifestasi sebenar konsep rahmatan lil ‘alamin, apabila kekuatan ekonomi dimanfaatkan untuk
memperkasa masyarakat dan memastikan kesejahteraan dapat dinikmati secara lebih inklusif serta menyeluruh.

“Hakikatnya, usaha ini juga jelas mencerminkan peranan Maybank bukan sekadar institusi kewangan Islam, tetapi ejen perubahan sosial yang mendokong prinsip ihsan dan keadilan ekonomi,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Salam Festival 2026 – Salam Iftar Perdana di Masjid Al-Ihsan Kampung Londang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Perhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Islamic Dr. Zaini Mat Aris; Pengarah Maybank Wilayah Johor dan Melaka Khidir Ahmad; Pengerusi Masjid Al-Ihsan Londang Datuk Abdul Mutallif Che Mat dan Pengurus Maybank Masjid Tanah Saadah Mohd Salleh.

Pada majlis sama Ab Rauf turut menyampaikan sumbangan agihan zakat berjumlah RM20,000 kepada 100 asnaf seterusnya berbuka puasa bersama penduduk yang hadir.

Menurutnya, Maybank Islamic turut menyampaikan zakat fisabilillah berjumlah RM10,000 untuk Masjid Al-Ihsan Kampung Londang,

“Sumbangan ini adalah sebagai pelaburan masa depan dalam menyokong aktiviti pengajian dan pengimarahan ilmu yang menjadi tunjang kekuatan komuniti,” katanya.

Langgani Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post INSIDEN TULAR KEKECOHAN DI BALAI POLIS, TIADA KEPERLUAN UBAH SOP – SAIFUDDIN
Next post PROGRAM REPATRIASI MIGRAN 2.0 KUTIP RM94 JUTA – SAIFUDDIN