
Melaka International Swim, Bike & Run 2024 makin meriah
KLEBANG 25 Ogos – Penganjuran Melaka International Swim, Bike & Run 2024 terus mendapat sambutan dan peningkatan dalam jumlah penyertaan.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron berkata, edisi Kelima dianjurkan Team M3X by Tri-a Amateur Triathlon dengan kerjasama Tourism Melaka menampilkan sukan triathlon dan aquatthlon terbesar di Melaka.
Katanya, program itu menerima lebih 1,000 penyertaan membabitkan atlet sukan lasak tempatan dan 35 negara luar sekitar Asean, Belanda dan America Syarikat.
“Acara ini adalah antara yang diatur bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan dianggap penting bagi mencapai sasaran 15 ke 18 juta pelancong ke negeri ini.
“Kali ini kita melakukan beberapa penambahbaikan susulan daripada maklum balas diberikan peserta pada edisi lalu. Antara yang dilaksanakan adalah meningkatkan fasiliti untuk keselesaan peserta dan pengunjung.
“Pada edisi akan datang kita mungkin memperkenalkan kategori baharu termasuk untuk warga emas kerana ramai dalam kalangan peserta adalah mereka yang sudah berusia,” katanya yang ditemui selepas melepaskan peserta Pertandingan di Encore Melaka, di sini, hari ini.
Sa’ari berkata, penganjuran pertandingan sukan bertaraf antarabangsa itu mampu menjadikan Melaka sebagai salah satu hab bagi subsektor pelancongan sukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
MELAKA SEJAHTERAKAN HIDUP RAKYAT, KEBAJIKAN LEBIH 100,000 GOLONGAN MEMERLUKAN TERBELA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Mensejahterakan hidup rakyat Melaka menjadi antara pencapaian utama pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun...
