Sorting by

×

MELAKA KEMUKA KERTAS CADANGAN LARANGAN VAPE

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 10 Disember – Kerajaan Negeri telah mengemukakan satu kertas cadangan bagi meneliti pelaksanaan larangan vape di Melaka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kertas cadangan itu telah dikemukakan pada bulan lalu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, kertas cadangan tersebut kini berada dalam peringkat penelitian dan perkembangan terbaharu akan dimaklumkan kelak.

“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengemukakan kertas cadangan larangan vape di negeri ini mengambil contoh beberapa negeri lain yang telah melaksanakan larangan tersebut seperti di Terengganu, Perlis dan Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata langkah larangan vape ini penting bagi mengekang peningkatan kes berkaitan vape yang dilihat menambahkan beban kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, jika jumlah pengguna vape terus meningkat, ia hanya akan menambah tekanan dan diharapkan kertas cadangan itu diangkat sekali gus dapat menghentikan penjualan vape itu.

“Sehingga kini terdapat 46 kes E-cigarette or Vaping Procduct Use-Associated Lung Injury (EVALI) di seluruh Malaysia.

“Kos rawatan seorang pesakit bagi tempoh 12 hari boleh mencecah RM150,000 dan ia wajar dihentikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post RXZ RIDE EDITION 3.0: POLIS PERKETAT KAWALAN KESELAMATAN
Next post 16 PASUKAN MERIAHKAN SEPAK TAKRAW VETERAN TERTUTUP PARLIMEN TANGGA BATU