Sorting by

×

MELAKA KOMITED ANJUR KONVENSYEN PELANCONGAN SETIAP TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 13 Disember – Kerajaan Negeri komited meneruskan konvensyen dan sesi libat urus bagi memperkasa sektor pelancongan negeri.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, konvensyen itu dilihat sebagai platform penting mendapatkan luahan dan cadangan daripada pemain industri, sekali gus merangka hala tuju pembangunan pelancongan negeri secara menyeluruh.

“Konvensyen libat urus bersama penggiat pelancongan ini telah dilaksanakan secara konsisten setiap tahun termasuk pada tahun ini.

“Ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam industri pelancongan termasuklah pengusaha produk pelancongan, persatuan pelancongan dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Khas Kerajaan Negeri Bersama PIBG Sekolah, Komuniti dan Rakan Strategik Pendidikan Negeri Melaka Tahun 2025 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak, penganjuran konvensyen dan sesi libat urus itu juga berpotensi menjadi ruang untuk semua pihak menzahirkan pelbagai resolusi yang berupaya memacu sektor pelancongan negeri ke peringkat lebih tinggi.

“Pada masa sama, sesi ini juga menjadi platform untuk kita bincangkan isu dan keperluan di peringkat pemain industri pelancongan. Hasil perbincangan dan dapatan daripada sesi libat urus ini akan diangkat sebagai resolusi dan cadangan rasmi kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post KHATAM AL-QURAN PERTAMA DARI ATAS MENARA TAMING SARI