Sorting by

×

MELAKA KOMITED PERKUKUH INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 21 Mei – Kerajaan Negeri komited untuk memperkukuhkan lagi pendidikan agama yang menjadi antara teras utama dalam pembangunan insan, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Rahmad berkata, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga perlu dilihat sebagai wadah tradisi keilmuan Islam yang perlu terus diperkasakan lagi.

Katanya, ia menjadi batu loncatan dalam melahirkan generasi ulul albab memiliki keseimbangan daripada sudut intelek dan spiritual seterusnya berpotensi menjadi pemimpin masyarakat berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai integriti.

“Melaka memperoleh tiga gred Mumtaz dan salah satunya adalah Mumtaz Sufi iaitu cemerlang untuk semua mata pelajaran, pada saya kecemerlangan ditunjukkan pelajar pada STAM 2024 ini perlu diteruskan dan diperkasakan lagi agar Melaka terus meraih kecemerlangan pada masa akan datang.

“Menerusi kerjasama erat antara Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, institusi pendidikan, guru dan ibu bapa, saya yakin kita mampu lahirkan lebih ramai pelajar berilmu dan berakhlah mulia yang akan menjadi aset kepada negeri serta negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi STAM Tahun 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru, di sini hari, ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor dan kenamaan lain.

Untuk rekod, sebanyak 72.46 peratus daripada 50 calon menduduki STAM di negeri ini lulus menerima sijil dan daripada jumlah itu seramai tiga pelajar menerima pangkat Mumtaz; 15 peroleh Jayyid Jiddan; 26 menerima Jayyid; enam Maqbul dan 19 Rasib (gagal).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

577
Kongsi :
Previous post PROGRAM BANDARAYA PENYAYANG DEKATKAN PBT DAN RAKYAT
Next post AHLI MYSTAR BAWAH 18 TAHUN NIKMATI DISKAUN TIKET MENARA TAMING SARI