Sorting by

×

MELAKA LAKSANA BACAAN QUNUT NAZILAH PADA RAKAAT TERAKHIR SOLAT JUMAAT, FARDU

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 2 Oktober – Semua masjid dan surau di negeri ini diseru melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat Jumaat dan solat fardu bermula esok, kata Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Hal Tawil.

Menurut beliau, ia bagi memohon keselamatan, perlindungan serta pembebasan pasukan sukarelawan dan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), khususnya rakyat Malaysia yang sedang melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, pada masa sama, bacaan itu juga bertujuan mendoakan keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kerajaan Negeri dan rakyat Melaka mengecam gangguan ke atas konvoi GSF yang sedang dalam perjalanan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Sehubungan itu, semua masjid dan surau di negeri ini diseru melaksanakan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir dalam setiap solat Jumaat mulai esok dan solat fardu, bagi memohon keselamatan semua sukarelawan GSF khususnya rakyat Malaysia.

“Selain itu, kita beesama-sama mendoakan kesejahteraan untuk rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau turut menyeru setiap masjid dan surau mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin pada malam ini demi pejuang-pejuang misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

594
Kongsi :
Previous post KAWASAN INDUSTRI BAHARU: IKHTIAR MELAKA TARIK PELABUR, TINGKAT PELUANG PEKERJAAN
Next post MAHASISWA KETUAI MISI KEMANUSIAAN DI THAILAND