Sorting by

×

MELAKA MEMILIH UNTUK BEKERJA, BUKAN BERBALAS SENTIMEN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 10 Disember – Bajet Negeri Melaka 2026 menjadi kerangka penting untuk Kerajaan Negeri memahat tekad dalam menyelesaikan isu rakyat, memperkukuh ekonomi negeri dan meningkatkan taraf hidup keluarga Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, fokus utama pentadbiran beliau tidak pernah berubah, di mana rakyat sentiasa berada di hadapan dan politik diletak di belakang.

Tegas beliau, Melaka juga memilih untuk bekerja dan bukannya berbalas sentimen, meskipun terdapat polemik berkepentingan yang cuba ditiup dari luar.

“Kelulusan bajet ini bukan sekadar satu proses tahunan, tetapi sebuah dokumen hala tuju yang menentukan masa depan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, dengan pendekatan yang realistik, berani dan berfokus.

“Tahun 2026 adalah tahun pemecut atau ‘The Acceleration Year’ bagi Melaka. Kita tidak mahu lagi pembangunan bergerak perlahan. Projek yang tertangguh kita percepatkan, projek baharu kita laksanakan segera, dan impaknya mesti dirasai rakyat tanpa berlengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Ab Rauf menegaskan bahawa setiap sen dalam Bajet Negeri Melaka 2026 juga perlu dibelanjakan dengan telus, efisien dan memberi pulangan maksium kepada rakyat.

“Kita amat berharap rakyat mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai tawaran serta insentif kerajaan dalam bajet ini supaya impaknya bukan sahaja membawa kesejahteraan, tetapi juga memangkin ekonomi rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

228
Kongsi :
Previous post MELAKA BUKA PELUANG ANAK NELAYAN CEBURI BIDANG SELAM SKUBA
Next post ARTIFAK KAPAL PURBA DIPAMER DI MUZIUM MELAKA