Sorting by

×

MELAKA PERGIAT USAHA TARIK MINAT PELAJAR PILIH BIDANG STEM, TVET

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Mei – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengadakan jalinan kerjasama bersama rakan strategik dalam memastikan lebih ramai pelajar mengambil bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor berkata, jalinan kerjasama itu merupakan antara pendekatan dilakukan JPN Melaka untuk menarik minat serta memberi pendedahan kepada pelajar.

“Bilangan pelajar yang mengambil aliran ini kalau dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa dan diharap ia akan berterusan.

“Justeru itu JPN Melaka kita ada lakukan kerjasama khususnya dalam bidang TVET. Kita akan adakan kolaborasi dengan rakan-rakan strategik untuk memastikan lebih ramai lagi pelajar akan mengambil aliran STEM serta TVET,” katanyaselepas merasmikan Majlis Pelancaran Robotik RFS Technology, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurut Mahfudzah, selain pendedahan berkaitan teknologi juga perlu disampaikan oleh guru kepada pelajar bermula dari dalam kelas.

“Bagi melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan berpandangan jauh pendedahan berkaitan teknologi perlu dikongsi oleh guru bermula dari dalam kelas.

“Justeru itu, guru-guru juga perlu bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan agar dapat membimbing pelajar sekali gus memberi contoh terbaik,” katanya.

Jelasnya, kejayaan guru dari Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, yang dinobatkan sebagai Johan Ikon Guru TVET pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 di Sarawak, baru-baru ini menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai pelajar mendalami bidang itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post MAIM SALUR BANTUAN TUNAI AIDILADHA KEPADA 11,450 ASNAF
Next post MPAG DEKAT DI HATI, SEJAHTERAKAN KOMUNITI