
MELAKA PERKASA KERJASAMA TVET DI SINGAPURA
AYER KEROH 28 Mei – Melaka giat memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri semikonduktor melalui kerjasama strategik dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, fokus itu diketengahkan semasa penyertaan delegasi Melaka pada SEMICON Southeast Asia 2025 di Singapura, baru-baru ini.
“Kita melihat potensi besar bukan sahaja dalam aspek pelaburan industri, tetapi juga kerjasama latihan bersama institusi TVET supaya pelatih dan tenaga kerja di Melaka bersedia memenuhi keperluan teknologi semasa.
“Usaha ini untuk memastikan pelatih atau pekerja khususnya di Melaka menerima manfaat dari segi latihan ‘upskilling dan reskilling’ dalam industri semikonduktor ini,” katanya.
Menurut Khaidhirah, delegasi Melaka turut bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan menerima sokongan padu daripada Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).
“Terima kasih juga kepada MIDA dan MSIA kerana memberikan kerjasama dan sokongan yang sangat baik kepada Negeri Melaka,” katanya.
Untuk rekod, SEMICON Southeast Asia 2025 berlangsung dari 20 hingga 22 Mei lalu menghimpunkan pemain utama industri semikonduktor dari seluruh dunia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI MELAKA UNGGUL SEBAGAI BANDAR PELANCONGAN BERSIH, LESTARI
AYER KEROH 31 Januari - Melaka terus membuktikan keunggulan sebagai destinasi pelancongan unggul apabila sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat...
MBMB PELBAGAIKAN PLATFORM BAYARAN PARKIR MUDAHKAN RAKYAT, PELANCONG
AYER KEROH 31 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus memperkasa pelaksanaan sistem parkir pintar dalam kawasan pentadbirannya seiring...
MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
AYER KEROH 30 Januari - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya memenangi ASEAN Tourism...
SABK PACU KECEMERLANGAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB – MAIM
LENDU 30 Januari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka kini melangkah ke fasa baharu kecemerlangan selepas secara rasminya...
PUTRA 2 MELAKA DIPACU TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI
AYER KEROH 30 Januari - Sektor kesihatan Negeri Melaka terus diperkasa menerusi pelbagai usaha dan jalinan kerjasama strategik bersama syarikat...
PPSPM LAKSANA INISIATIF HIJAU, SEMAI BUDAYA CINTAI ALAM SEKITAR
DUYONG 30 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melaksanakan aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok di sekitar perkarangan...
