
MELAKA PERUNTUK HAMPIR RM12 JUTA NAIK TARAF JALAN, TERANGI JALAN GELAP
SERI NEGERI 5 Disember – Sejumlah RM 6.9 juta disalurkan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan 11 projek strategik membabitkan infrastruktur jalan raya di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek naik taraf infrastruktur itu bakal membabitkan kesemua tiga daerah di negeri ini.
“Antara projek yang terbabit adalah naik taraf Persimpangan Jalan Duyong (Duyong Bestari dan IKS Duyong) bagi daerah Melaka Tengah.
“Manakala untuk Alor Gajah pula adalah naik taraf Bulatan Lubok China dan diikuti naik taraf Persimpangan Jalan Chohong-Nyalas untuk daerah Jasin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Menurut Ab Rauf, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM5 juta lagi bagi pemasangan lampu jalan di kawasan gelap sepanjang jalan seluruh negeri.
“Ini adalah untuk melengkapkan rangkaian laluan yang lebih selamat sekaligus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HILAI TAWA ANAK ASNAF SENTUH HATI TOK RAOP
LENDU 7 Mac - Program sumbangan baju raya untuk anak asnaf dilaksanakan serentak di dua pusat menjual pakaian di Pekan...
‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN
KESIDANG 7 Mac - Idea menghasilkan donat piza sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa khusus untuk kanak-kanak membuahkan hasil...
KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF
AYER KEROH 7 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi...
YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
KUALA LINGGI 7 Mac - Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026...
SINGGAH SAHUR SEMARAK RAMADAN, MEDAN PERKUKUH SOLIDARITI
TABOH NANING 7 Mac - Sebagai aktiviti popular sepanjang Ramadan, program singgah sahur dilihat terus relevan sebagai medium untuk menyuburkan...
UNIMEL BUKA RUANG KERJASAMA BANTU PELAJAR MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 7 Mac - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sentiasa membuka ruang menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyalurkan sumbangan...
