Sorting by

×

MELAKA PROMOSI PELANCONGAN DI BERLIN, SASAR TARIK PELANCONG EROPAH

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Melaka terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan menyertai International Tourismus-Börse Berlin (ITB) 2026 di Jerman.

ITB 2026 merupakan pameran perdagangan pelancongan terbesar dan paling berpengaruh di dunia.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, platform berprestij itu membuka ruang dan peluang strategik kepada Melaka dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa.

“Ini termasuklah melalui sesi padanan perniagaan (B2B), pertemuan dua hala serta rundingan komersial bersama pemain industri pelancongan global.

“Secara tidak langsung, usaha ini berpotensi menarik lebih ramai pelancong berkualiti tinggi dari pasaran Eropah.

“Insya-Allah, komitmen berterusan ini akan memastikan Melaka terus relevan, kompetitif dan diyakini sebagai destinasi warisan dunia yang dinamik sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Abdul Razak mengetuai delegasi pelancongan Melaka di ITB 2026 bersama Tourism Melaka dan turut disertai Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Menara Taming Sari.

Terdahulu, perasmian Pavilion Malaysia di ITB 2026 telah disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Amirul Rizal Abdul Rahim bersama Duta Besar Malaysia yang dilantik ke Republik Persekutuan Jerman Tuan Yang Terutama Mohamad Razdan Jamil.

Turut hadir, barisan Exco-Exco Pelancongan Negeri dan ketua-ketua delegasi negeri yang mengambil bahagian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post BUFET MAKAN MALAM RAMADAN: EKSKLUSIF DAN UNIK ‘CITARASA TUAH’ DI THE LISBON MELAKA
Next post MELAKA TEROKA KERJASAMA DENGAN PENGENDALI PELANCONGAN PREMIUM JERMAN