Sorting by

×

MELAKA RAI LEGASI 04 RXZ X 125 ZR

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 12 Disember – Ribuan peminat motosikal Yamaha RXZ dan 125 ZR yang juga anak jati Melaka diraikan bersempena RXZ Members Ride Edition 3.0 di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Kesemua mereka diraikan bersempena pelancaran Legasi 04 RXZ X 125 ZR Melaka Attack 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf ketika berucap pada majlis berkenaan berharap peminat motosikal legenda itu dapat menjadi contoh terbaik dalam penganjuran acara berkonsep riadah seumpamanya.

Beliau juga mahu Melaka menjadi antara yang terbaik dalam penganjuran acara berkonsep pelancongan sukan di negara ini.

“Ayuh bersama-sama kita menunjukkan solidariti Melaka. Kita rai rakan-rakan kita dari seluruh negara dan jalinkan silaturahim sesama kita, di samping menunjukkan Melaka juga negeri yang hebat.

“Insya-Allah, jika sebelum ini, perhimpunan dibuat di Terengganu terlebih dahulu dan kemudian Melaka, selepas ini kita mahu tukar ia diadakan di Melaka terlebih dahulu.

“Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menyantuni semua peminat motosikal dan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mengingatkan semua peserta agar sentiasa memastikan aspek keselamatan di atas jalan raya menjadi keutamaan.

“Kalau boleh kita mahu pastikan sifar kemalangan dan sifar masalah dalam penganjuran ini di masa-masa akan datang. Oleh itu, diharap semua dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL