
Melaka rangkul emas antara regu sepak takraw
SIBU 23 Ogos – Regu lelaki Melaka mengesahkan pingat emas selepas menundukkan Perak 2-1 dalam aksi final sepak takraw Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.
Regu Melaka dibarisi Adam Ameerul Khairul Anuar, Muhammad Raqib Effendi dan Muhammad Syakir Jamal bermula sedikit goyah apabila tewas set pertama 12-15 sebelum bangkit pada set kedua dengan melakar kemenangan 17-15.
Pada set penentuan, regu Perak diwakili Aiman Khushairi Mohd Nadzri, Muhammad Fazaril Ikhmal Mohad Zaharudin dan Muhammad Syahiran Syaharbudin seakan hilang tumpuan dan terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas set penentuan 4-15.
Pingat gangsa menjadi milik Selangor yang menewaskan pasukan tuan rumah Sarawak 2-0.
Sementara itu, dalam aksi final kategori wanita, Sabah mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lepas dengan menewaskan Selangor 2-0 manakala Perak membawa pulang gangsa selepas menundukkan Perak 2-0. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH TERBUKA MACHAP JAYA JAMU JUADAH TRADISIONAL, SEMARAK AIDILFITRI DALAM SUASANA MUHIBAH
AYER KEROH 29 Mac - Lebih 20 jenis juadah tradisional hari raya bakal disajikan kepada penduduk pada Jamuan Aidilfitri ‘Melaka...
MeSRa: MELAKA PERKASA BELIA, BUKA PELUANG KERJAYA BERKEMAHIRAN DENGAN TVET
AYER KEROH 29 Mac – Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka terus diperkasa sebagai platform utama...
TEMA MELAKA SAYANG RAKYAT TERCAPAI
AYER KEROH 29 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menyentuh hati...
RAYA DI RIM HIMPUN RAKYAT BERBILANG KAUM BAWAH SATU BUMBUNG
RIM 29 Mac - Kehadiran masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
