
Melaka River Cruise kembali beroperasi mulai esok

AYER KEROH 11 Jun – Melaka River Cruise (MRC) mengumumkan perkhidmatannya akan beroperasi semula bermula esok, 12 Jun 2020, selepas tiga bulan tidak beroperasi susulan penularan pandemik Covid-19.
Menerusi satu kenyataan, MRC menyampaikan berita gembira berkenaan dan memaklumkan operasinya akan dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir 11.30 malam setiap hari.
“Perhatian semua‼️ We are back for business. Melaka River Cruise (MRC) akan memulakan operasi pada 12 Jun 2020 jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
“Keselamatan pengunjung MRC adalah keutamaan perkhidmatan kami. MRC kini beroperasi dengan norma baru mengikuti SOP Covid-19.
“Jangan lupa muat turun aplikasi Melaka Excess bagi memudahkan anda sekeluarga apabila mengunjungi Melaka River Cruise dan dapatkan tawaran hebat serta aktiviti yang harus anda sertai dan menangi,” kata kenyataan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan MRC, boleh hubungi 06-2814322/23 atau layari www.melakarivercruise.my untuk maklumat lanjut dan
[email protected] untuk tempahan.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN TERUSKAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN, BANTU TINGKAT PARAS AIR EMPANGAN MELAKA
DUYONG 10 April – Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha pembenihan awan di Melaka bagi memastikan keperluan bekalan air negeri ini...
DARI THREAD KE REALITI: TPM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA MeSRa DI DUYONG
DUYONG, 10 April – “Dengar cerita malam ini ada makan-makan dekat Duyong?” Bermula dengan gurauan di Threads, akhirnya menjadi realiti....
MBMB PERINTIS TONG SAMPAH PINTAR PERTAMA DALAM NEGARA
AYER KEROH 10 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
YB ALONG BANTU REALISASIKAN IMPIAN ORANG ASAHAN MILIKI RUMAH
ASAHAN 10 April - Tawaran lot tanah antara inisiatif dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan...
RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH DALAM KESEDERHANAAN
PENGKALAN BATU 10 April - Kira-kira 1,500 tetamu hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
RUMAH BAHARU ROSMARIA ABADI KASIH ARWAH SUAMI
ASAHAN 10 April - Rumah baharu hasil perjuangan arwah suami yang bakal siap tidak lama lagi dianggap sebagai 'hadiah' paling...


