Sorting by

×

MELAKA SASAR SEDIAKAN 300 STESEN PENGECAS EV

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

GADEK 11 Disember – Melaka menyasarkan untuk membina 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan negeri ini sentiasa bersedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perancangan itu akan menjadi pelengkap kepada Melaka sebagai tapak sokongan utama  rantaian bekalan EV daripada aktiviti huluan seperti pemasangan pek bateri, pengurusan terma, inverted dan pembangunan perisian kawalan kenderan.

Katanya, Melaka juga memiliki Taman perindustrian terancang yang menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan pelabur global.

“Sehubungan itu kita mengalu-alukan mana-mana pihak berminat dalam pelaburan strategik ini, mereka boleh berjumpa  dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam Negeri Melaka.

“Menjadi hasrat kita untuk menyediakan kemudahan stesen pengecasan selaras perkembangan maju kenderaan EV di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kilang Kedua EP Manufacturing Berhad (EPMB) Dan Pengeluaran Pemasangan Pertama GWM MPV WEY G9 di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh, Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk VP Shanmugam; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Datuk Khairul Azreem Mamat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri.

Turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Pengerusi Eksekutif EPMB, Datuk Hamidon Abdullah dan Lembaga Pengarah EPMB, Tan Sri Hussain Ismail.

Katanya, hasil pembukaan kilang berkenaan, Melaka melangkah setapak lagi ke hadapan dalam agenda mobiliti hijau, sekali gus menegaskan komitmen negeri ini dalam memimpin Peralihan kepada teknologi automotif masa hadapan.

“Tidak dinafikan permintaan terhadap EV semakin meningkat mencerminkan masyarakat kini lebih Peduli terhadap alam sekitar. Maka EV bukan lagi pilihan tetapi keperluan masa hadapan.

“Atas dasar itu Kerajaan Negeri kekal optimis menyokong penggunaan EV agar terus diperluaskan dan pada masa yang sama fokus kepada pembangunan infrastruktur pengecas an lebih strategik di bandar, destinasi pelancongan dan kawasan berimpak tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post LONJAK KEDUDUKAN MELAKA SEBAGAI PANGKALAN STRATEGIK EV DI ASEAN
Next post KAJIAN JAMBATAN MELAKA-INDONESIA DIBENTANG KEPADA MPFN – KM