Sorting by

×

MELAKA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN TVET 

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat
LENDU 29 Mei – Pelbagai usaha kini digerakkan untuk mempergiatkan promosi kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seluruh Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini, Melaka mempunyai 61 institusi TVET merangkumi pelbagai sektor, termasuk automotif, pembuatan, elektrik dan elektronik.
Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, selain itu, lebih 30 syarikat di Melaka turut aktif melaksanakan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional.
“Melihat ke hadapan, industri minyak dan gas (oil & gas) di Malaysia dijangka akan terus berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4 peratus sehingga tahun 2030 dengan sasaran peningkatan tenaga kerja sebanyak 25 peratus setiap tahun.
“Ini adalah petanda positif yang menunjukkan bahawa permintaan terhadap kemahiran dalam sektor ini terus meningkat, memberi lebih banyak peluang kepada belia untuk berkembang dalam industri ini.
“Kita tidak boleh menafikan, tanpa kerjasama yang erat antara kerajaan dan pemain industri, kita tidak akan mampu menyediakan tenaga kerja yang benar-benar memenuhi keperluan industri masa hadapan yang semakin dinamik serta mencabar,” kata Ketua Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Zero To Hero Penempatan Pekerja Bidang Scaffolding – Oil & Gas di HRSB Holdings Sdn Bhd, Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Hadir sama Adun Lendu, merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem serta Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar dan Presiden HRSB Holdings Sdn Bhd, Datuk Mohd Faizal Mohd Hassim.
Menurut Ketua Menteri, semua pihak diminta untuk terus menyokong inisiatif Kerajaan Negeri dan memperluas kerjasama bagi melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran, bahkan berdaya saing, sekali gus menjadi peneraju industri di peringkat nasional serta antarabangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post ‘BANTUAN INI AMAT BERMAKNA BUAT KAMI’ – ASNAF
Next post 1,000 BERGANDING BAHU MUSNAHKAN ‘RUMAH’ AEDES