
MELAKA SIASAT DAKWAAN BAYI DEMAM PANAS DIBIAR 11 JAM
AYER KEROH 12 Mei – Dakwaan bayi perempuan 22 bulan yang mengalami demam panas sehingga diserang sawan ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akan disiasat segera.
Perkara itu ditegaskan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem susulan hantaran tular di platform media sosial, semalam.
Menurut beliau, pihaknya sudah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka untuk membuat siasatan segera dan butiran siasatan akan dimaklumkan kelak.
“Siasatan perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada semua pihak kerana kita perlu mengetahui punca kejadian.
“Selepas siasatan dibuat saya akan maklumkan butiran, namun saya minta semua agar tidak membuat kesimpulan melulu berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita.
Semalam, tular hantaran seorang wanita yang mendakwa berlaku kecuaian membabitkan petugas hospital berkenaan apabila anak sulungnya diserang sawan selepas menunggu 11 jam pada Sabtu lalu.
Wanita itu mendakwa, anaknya yang mengalami demam panas sehingga suhu mencecah 40 darjah celcius namun tidak menerima rawatan daripada petugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SEMBUH JIWA’ DI VILLA TETC
RIM 2 Mac - Menawarkan penginapan indah dengan panorama keindahan tasik dan alam semulajadi menghijau menjadikan Villa Taman Ekstrem Tasik...
MELAKA LAKSANA 91 ‘JUALAN MURAH BERGERAK’ SEPANJANG RAMADAN
AYER KEROH 2 Mac - Sebanyak 113 Program Jualan Rahmah Madani termasuk 91 daripadanya secara bergerak akan dilaksanakan sekitar Melaka...
PPSPM MENGUKIR SENYUMAN SEPANJANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 2 Mac - Inisiatif kongsi rezeki diteruskan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sepanjang Ramadan dengan menyantuni...
MASJID SELAT TERIMA HAMPIR 500 JEMAAH IFTAR SETIAP HARI
BANDA HILIR 2 Mac - Masjid Selat, di sini, terus menjadi tumpuan umat Islam dalam dan luar negara sepanjang Ramadan...
DEMI KESELAMATAN RAKYAT, KETUA MENTERI TINJAU SIMPANG ‘BERDARAH’ LONDANG
TANJUNG BIDARA 2 Mac – Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap keselamatan rakyat terus dizahirkan apabila...
MELAKA SAMBUT BAIK USAHA NGO SOKONG ASPIRASI ‘MESRA’
BANDA HILIR 2 Mac - Kerajaan Negeri menyambut baik inisiaitf mana-mana NGO atau persatuan yang menganjurkan program-program membabitkan aspek kebajikan...
