Sorting by

×

MELAKA SOKONG USAHA PERKUKUH NILAI MADANI – KM

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 7 Julai – Kerajaan Negeri menyatakan sokongan penuh terhadap Program Jelajah Taat Setia MADANI yang dicetuskan Ketua Setiausaha Negara dalam usaha mereformasikan perkhidmatan penjawat awam di seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jelajah itu bukan sahaja mengangkat nilai Gagasan MADANI, malah selari dengan prinsip pentadbiran negara yang mengutamakan rakyat, nilai dan kemanusiaan.

“Jelajah ini adalah manifestasi usaha untuk membina kefahaman tuntas terhadap hala tuju nasional yang meletakkan nilai sebagai asas pentadbiran.

“Ia bukan sekadar pelaksanaan dasar, tetapi membina ekosistem yang mendukung Kemampanan, memperjuang kesejahteraan, merangsang daya cipta, menzahirkan hormat, memperkukuh keyakinan dan membudayakan ihsan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Datuk Dr. Roslan Hussin; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Tambah Ab Rauf, penjawat awam perlu menyedari bahawa mereka merupakan wajah sebenar kerajaan di mata rakyat.

“Setiap tindakan, keputusan dan layanan daripada penjawat awam mencerminkan nilai dan imej kerajaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

541
Kongsi :
Previous post BUKU POKET MADANI BERI MAKLUMAT TEPAT PADA RAKYAT
Next post PENJAWAT AWAM WAJIB JADI EJEN PEMBAHARUAN