Sorting by

×

MELAKA TEROKA MODEL BAHARU AGROPELANCONGAN DI NEW ZEALAND

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Melaka terus melebarkan jaringan antarabangsa dengan mengadakan lawatan kerja rasmi ke New Zealand bagi meneroka kerjasama erat dalam pelbagai bidang.

Bagi mencapai hasrat tersebut, delegasi Kerajaan Negeri yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah mengadakan kunjung hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki di negara itu.

Ab Rauf berkata, pertemuan tersebut menjadi langkah proaktif dalam membuka ruang kerjasama lebih erat antara Melaka dan New Zealand, khususnya dalam bidang pertanian, pelancongan dan pelaburan.

Tambah beliau, selain mengadakan kunjung hormat, delegasi Kerajaan Negeri turut melawat Zealong Tea Estate iaitu satu-satunya ladang teh organik komersial di New Zealand yang terletak di Gordonton Road, Hamilton.

“Lawatan ini memberikan pendedahan komprehensif tentang pengurusan ladang teh organik, merangkumi aspek penanaman, pemprosesan, pembungkusan serta strategi pemasaran ke pasaran antarabangsa,” katanya.

515436367 1257541933051162 8691284534440795598 n
AB Rauf menerima cenderahati daripada Duta Besar Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki. Foto Pejabat Ketua Menteri

Tambah Ketua Menteri, menerusi lawatan tersebut juga, Kerajaan Negeri menerusi anak-anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri berpeluang meneroka model baharu di samping mempelbagaikan sumber pendapatan.

Pada masa sama, ujar beliau, lawatan itu juga boleh dimanfaatkan untuk menjadikan agropelancongan sebagai enjin baharu pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka.

“Inilah masanya Melaka memanfaatkan peluang, membina rangkaian dan mengangkat potensi sumber alam ke tahap lebih tinggi,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

733
Kongsi :
Previous post HMA 2025: MUZIUM PENJARA MELAKA PALING POPULAR
Next post JAWATANKUASA MASJID, SURAU DI MELAKA PERLU SENTIASA TELUS