
MELAKA UMUM INSENTIF KHAS RM500 UNTUK PENGAMAL MEDIA
SERI NEGERI 5 Disember – Kerajaan Negeri mengumumkan insentif khas secara sekali bayar (one-off) kepada pengamal media di negeri ini.
Berita itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Menurut beliau, insentif dengan implikasi kewangan berjumlah RM75,000 itu merupakan julung kali diberikan bertujuan mengangkat peranan media yang menjadi penghubung Kerajaan Negeri dengan rakyat.
“Hari ini, Melaka tidak akan berdiri megah tanpa adanya pengamal media yang menjadi jambatan dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada rakyat.
“Maka, pada sidang dewan kali ini… buat julung- julung kalinya…Kerajaan Negeri mengangkat peranan media menerusi insentif khas secara one-off sebanyak RM500 dengan implikasi kewangan RM75,000,” katanya.
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


