
MELAKA WONDERLAND TAWAR HARGA PROMOSI SEMPENA CUTI SEKOLAH
AYER KEROH 25 November – Sempena musim cuti sekolah pada Disember ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan promosi tiket berharga RM148 bagi pakej dua orang dewasa dan dua kanak-kanak berbanding harga asal iaitu RM177.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata promosi tersebut merupakan inisiatif khas sempena musim cuti sekolah dan pihaknya menjanjikan perkhidmatan terbaik serta menawarkan pengawasan keselamatan yang ketat demi kebaikan pengunjung.
“Sempena musim cuti sekolah yang bermula Disember 2025, pihak kami (Melaka Wonderland) menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu RM148 untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.
“Namun, bagi mendapatkan tawaran promosi ini, anda perlu membuat tempahan awal dengan menghubungi pihak kami di talian 017-9930217 (Azri), 017-2332576 (Cik Khaleedah) atau 06-231 3333/1119 (Pejabat).
“Selepas selesai membuat tempahan, anda hanya perlu memilih tarikh kemasukan yang sah sehingga 20/2/2026,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Jelasnya, pada masa yang sama, pihaknya juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi harga tiket aktiviti tasik seperti ‘Pedal Boat’, ‘Tube Ride’ dan ‘Fish Feeding’.
Selain itu, Melaka Wonderland juga menerima sebarang tempahan lawatan berkumpulan mahupun hari keluarga dan pihaknya tawarkan pakej yang berbaloi mengikut saiz kumpulan tersebut.
“Selain pakej individu mahupun keluarga kecil, pihak kami juga siap-siaga menerima sebarang tempahan lawatan berkumpulan mahupun hari keluarga.
“Untuk pakej berkumpulan, jumlah minimum peserta ialah 35 orang (satu kumpulan) dan kami membuka tawaran ini samada dari sekolah rendah mahupun menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), badan korporat, agensi kerajaan serta pelbagai lagi,”katanya.
Sementara itu, taman tema air Melaka Wonderland menawarkan lebih 11 tarikan kolam dan gelongsor serta aktiviti permainan tasik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


