
Melaka wujud universiti penuh pertama milik rakyat, UNIMEL tahun depan.
AYER KEROH 9 Dis. – Melaka bakal mempunyai sebuah universiti penuh pertama milik rakyat dan kerajaan dikenali Universiti Melaka (UNIMEL) tahun hadapan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, kewujudan UNIMEL adalah melalui gabungan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCoST)
“Sebagai galakan, kerajaan negeri Melaka akan menyediakan insentif RM1 juta kepada anak Melaka untuk menyambung pengajian di KUIM seramai 700 pelajar dan 300 orang lagi di MiCOST dengan bantuan ‘one off’ RM1,000.
“Saya berharap, kita boleh menghantar anak-anak kita ke UNIMEL,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Views:
Related


Berita Lain
BIMBINGAN MAIM BANTU LONJAK PERNIAGAAN YOGURT ‘MADE IN’ ALAI
TELOK MAS 25 Mac - Meskipun pada awalnya jualan minuman yougurt yang diusahakan pasangan suami isteri ini kurang mendapat sambutan,...
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
40,000 DIJANGKA MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 25 Mac - Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28...
MELAKA KAJI CADANGAN KURANGKAN KADAR SEWA TAPAK PENJAJA
PAYA RUMPUT 25 Mac - Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan berkaitan pengurangan sewaan perniagaan di negeri ini seperti yang dilaksanakan...
AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC
BANDA HILIR 25 Mac - Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada...
‘GENG HARRAZ’ AKTIF CURI KENDERAAN, PECAH RUMAH DI MELAKA TUMPAS
AYER KEROH 25 Mac - Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai 'Geng Harraz' yang aktif melakukan kecurian kenderaan, pecah...
