
MENARA TAMING SARI BAWA KECERIAAN UNTUK MURID SK TELOK MAS
TELOK MAS 13 Januari – Menara Taming Sari membawa keceriaan kepada murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas pada hari pertama sesi persekolahan 2026, semalam.
Ia selepas produk pelancongan ikonik itu membawakan maskot ‘Si Taming’ bagi menyambut anak-anak yang kembali ke sekolah, khususnya murid baharu tahun 1.
Menerusi Program Jom Masuk Sekolah Tahun 2026, maskot berkenaan ternyata berjaya menambat hati anak-anak apabila ramai yang mahu dekat dan bergambar bersama.
Tidak hanya itu, murid di sekolah berkenaan turut menerima cenderahati istimewa Menara Taming Sari termasuk baucar diskaun 20 peratus menaiki menara berputar 360 darjah setinggi 110 meter itu.
Terdahulu, program berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Nur Azan Hassan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG PASTIKAN PENIAGA PASAR RAMADAN CAKNA KEBERSIHAN, KUALITI MAKANAN
LENDU 27 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kesemua 13 pasar Ramadan di...
MAIM IMARAH RAMADAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 27 Februari - Pulau Besar diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan dan pengisian kerohanian sepanjang Ramadan tahun ini. Pegawai...
DUA MAUT KEMALANGAN KERETA DI JALAN SERKAM–BEMBAN
JASIN 27 Februari – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Serkam–Bemban, di sini, petang semalam. Ketua...
‘JANGAN JUAL SEMULA MAKANAN TIDAK HABIS’
KESIDANG 27 Februari – Peniaga di pasar Ramadan diingatkan supaya tidak menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya...
MPAG AGIH LEBIH 2,000 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
LENDU 27 Februari - Lebih 2,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Imarah Ramadan Majlis Perbandaran Alor...
OPERASI PASAR RAMADAN MELAKA BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG ISU
LENDU 27 Februari - Operasi pasar Ramadan seliaan semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka setakat ini berjalan lancar...
