
MENARA TAMING SARI DITUTUP SEMENTARA 12 JANUARI-2 FEBRUARI 2026
BANDA HILIR 10 Januari – Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari akan ditutup sementara bermula 12 Januari sehingga 2 Februari 2026.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penutupan sementara itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan tahunan.
“Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan keselamatan dan keselesaan para pengunjung pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.
Menurut Abdul Razak, status operasi Menara Taming Sari akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai pemakluman kepada orang ramai dan pelancong.
Untuk rekod, sepanjang 2025, lebih 500,000 pengunjung dan pelancong telah menikmati tarikan menara pandang setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah itu.
Selain menyajikan pemandangan indah Bandaraya Melaka buat pengunjung, Menara Taming Sari turut merancakkan pelbagai program sampingan yang nyata menghidupkan lagi produk pelancongan ikonik Melaka itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKDM MELAKA TUMPASKAN KEGIATAN SELUDUP E-SISA, ROKOK BERNILAI RM1.84 JUTA
MELAKA 26 Februari - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan kegiatan penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta rokok...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI LIMA MANGSA KEBAKARAN DI RAUB
RAUB 26 Februari - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah...
KEBERSIHAN PASAR RAMADAN MPHTJ PADA TAHAP BAIK, MEMUASKAN
BUKIT KATIL 26 Februari- Tahap kebersihan pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang memasuki operasi...
MARTABAK SINGAPURA PILIHAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN KAMPUNG TUN RAZAK
BUKIT KATIL 26 Februari - Hampir satu dekad Martabak Singapura Dak Yus kekal menjadi antara juadah pilihan pengunjung khususnya umat...
113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
AYER KEROH 26 Februari - Sebanyak 113 siri Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan sepanjang Ramadan dan Syawal 2026 bagi...
LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
AYER KEROH 26 Februari - Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar...
