
MENARA TAMING SARI KEMBALI BEROPERASI ESOK
BANDA HILIR 2 Februari – Menara Taming Sari kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, 3 Februari 2026.
Ia selepas kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf yang dilakukan bermula 12 Januari lalu siap sepenuhnya.
Menara Taming Sari dalam satu kenyataan merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan semua, khususnya rakyat Melaka dan pelancong yang sentiasa memberikan sokongan kepada produk pelancongan ikonik itu.
“Berita baik buat semua, Menara Taming Sari akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 3 Februari 2026 (esok).
“Jom nikmati pengalaman melihat panorama 360 darjah bandaraya Melaka dari ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari.
“Terima kasih atas sokongan serta kesabaran anda sepanjang tempoh penutupan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda,” kata kenyataan itu.
Untuk rekod, sepanjang 2025, lebih 500,000 pengunjung dan pelancong telah menikmati tarikan menara pandang setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah itu.
Selain menyajikan pemandangan indah Bandaraya Melaka buat pengunjung, Menara Taming Sari turut merancakkan pelbagai program sampingan yang nyata menghidupkan lagi produk pelancongan ikonik Melaka itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU
KUALA LUMPUR 19 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor...
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
