Sorting by

×

MENARA TAMING SARI, SAHABAT PELANCONGAN ‘MEREWANG’ MASAK BUBUR LAMBUK

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 6 Mac – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) bersama Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) serta beberapa agensi berkaitan mengedarkan lebih 2,000 pek bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sekitar Banda Hilir.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, program tersebut bermula seawal pagi, bermula dengan aktiviti ‘rewang’ memasak bubur lambuk di perkarangan MTSB.

“Lebih 50 peserta terlibat bagi merewang memasak bubur lambuk terdiri daripada wakil kakitangan MTSB, MTA, Adabi, Maxis, Mahkota Medical Centre, Motty Hotel dan Mahkota Parade.

“Lebih istimewa lagi kita bersama wakil-wakil agensi ini berpecah ke tiga lokasi berbeza-beza sekitar Banda Hilir bagi mengedarkan bubur lambuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Infaq Agihan Bubur Lambuk di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan hadir sama, Presiden MTA Madeline Kuah Wey Lee serta kenamaan lain.

Dalam pada itu, Nur Azan memaklumkan program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pemain industri pelancongan negeri ini bergabung merapatkan silaturahim pada bulan Ramadan.

“Objektif penganjuran majlis ini untuk memupuk semangat kekitaan, eratkan hubungan bersama komuniti setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post CMI AGIH BUBUR LAMBUK TANDA INGATAN RAMADAN
Next post KABINET LULUS KERTAS DASAR TUBUH SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA