
Mendaulatkan Bahasa Melayu bukan terletak di bahu PM sahaja – Perwakilan
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Mendaulatkan bahasa Melayu tidak hanya terletak di bahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahkan perlu turut dipikul oleh seluruh ahli UMNO.
Membangkitkan perkara itu pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, perwakilan Perak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata memperkasakan bahasa Melayu adalah keperluan memandangkan ia merupakan bahasa ke-10 paling popular penggunaannya di dunia.
“Perdana Menteri dah sebut di Thailand (tentang) keperluan untuk memperkasakan bahasa Melayu ini. Jadi kalau kita (UMNO) tidak sambut seruan itu, bagaimana orang lain nak peduli dengan bahasa kita?
“Jadi saranan perdana menteri untuk perkasakan bahasa Melayu mesti UMNO sambut tanpa sikit pun rasa segan silu,” kata Ketua UMNO Bahagian Beruas itu.
Pada 26 Feb lepas, Ismail Sabri dilapor berkata Malaysia menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Sementara itu, Azhar turut menggesa agensi kerajaan supaya bersama-sama mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan.
“Agensi kerajaan kena laksanakan dengan cepat,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI SEMARAK RAMADAN, EDAR BUBUR LAMBUK SETIAP JUMAAT
BANDA HILIR 27 Februari – Menara Taming Sari meneruskan tradisi edaran bubur lambuk sempena Ramadan tahun ini apabila mengagihkan sebanyak...
ANAK MELAKA DAPAT DISKAUN NAIK MELAKA RIVER CRUISE SEPANJANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus khas untuk...
TAMAN REMBIA INDAH, PERUMAHAN GAYA HIDUP MODEN
REMBIA 27 Februari - Taman Rembia Indah yang dibangunkan oleh pemaju terkemuka Melaka, PB Realty Group menjadi projek perumahan tumpuan...
KONVENSYEN AUDIT ANTARABANGSA 2026 BAKAL DIADAKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 27 Februari - Jabatan Audit Negara berhasrat memilih Negeri Melaka sebagai lokasi penganjuran Konvensyen Audit Negara 2026. Ketua...
MPAG PASTIKAN PENIAGA PASAR RAMADAN CAKNA KEBERSIHAN, KUALITI MAKANAN
LENDU 27 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kesemua 13 pasar Ramadan di...
MAIM IMARAH RAMADAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 27 Februari - Pulau Besar diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan dan pengisian kerohanian sepanjang Ramadan tahun ini. Pegawai...
