Sorting by

×

MESRA: RAKYAT DIDAHULUKAN, KEMAKMURAN DIPERTAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TANJUNG BIDARA 23 Februari – Inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MESRA) diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuk penyaluran bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada golongan kurang berkemampuan setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal.

Fatimah Jantan, 72, meluahkan rasa syukur kerana hampir setiap tahun terpilih menerima bantuan hasil inisiatif dilaksanakan MAIM dalam meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Kata warga emas ini, dia juga menerima bantuan bulanan daripada agensi lain namun ia bukan tiket untuk bermewah sebaliknya setiap ringgit dibelanjakan dengan cermat khusus bagi membeli keperluan suami Md Jidan Md Noor, 71, kini kehilangan kedua-dua belah kaki akibat masalah kencing manis.

“Suami pesara syarikat swasta tidak ada pencen, ditambah pula dengan masalah kesihatan dialaminya sekarang inisiatif bantuan daripada kerajaan amat membantu kami.

“Alhamdulillah rezeki kami tidak putus kerana di kampung juga ada yang datang hulurkan sumbangan. Anak-anak meskipun bukan setiap bulan, tetapi tetap hulurkan duit belanja, saya dan suami faham mereka juga ada tanggungan terutama anak masih bersekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2026 02 23 at 12.34.10 pm
FATIMAH.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Dan Syawal Serta Pengagihan Fidyah Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin Bagi Tahun 2026 DUN Tanjung Bidara.

Majlis berlangsung di Dewan Japerun Tajung Bidara pada 14 Februari lalu disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas, Setiausaha MAIM, Saifulfazlee Mohamad, Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

394
Kongsi :
Previous post 7 BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SELURUH MELAKA
Next post PENDIKA, 3 NGO KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK ESOK