Sorting by

×

MESRA TURUT FOKUS KEPADA ASPEK PENDIDIKAN, KEBAJIKAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

LENDU 11 April – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diangkat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turut memberikan perhatian kepada kecemerlangan akademik anak Melaka dan isu melibatkan kebajikan rakyat.

Ketua Menteri berkata, MeSRa adalah berpandukan kepada prinsip menjadi pegangan beliau iaitu setiap dasar mesti menyentuh kehidupan rakyat.

Katanya, sepanjang tiga tahun mentadbir Melaka beliau amat mementingkan kecemerlangan pendidikan anak-anak negeri ini.

“Sehingga lebih 90,000 anak-anak Melaka menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif pendidikan dilaksanakan Kerajaan Negeri seperti tuisyen percuma, bantuan persiapan mula persekolahan kepada golongan B40 elaun khas KAFA dan banyak lagi.

“Tidak cukup dengan itu, kita terus perkasa kebajikan, dalam tempoh tiga tahun pentadbiran saya, alhamdulillah, Melaka masih kekal sifar miskin tegar,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gema Klasik Syawal Seindah Kenangan, Semanis Syawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB), Masjid Tanah, di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Yang turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKGB Rudyharrif Shariman dan Pengetua SMKGB Sahreah Md Zin.

Ab Rauf berkata, sepanjang tempoh sama Kerajaan Negeri menyalurkan Bantuan kebajikan kepada lebih 100,000 keluarga besar Melaka dengan peruntukan lebih RM419 juta.

“Jika nak saya ceritakan satu persatu apa yang Kerajaan Negeri telah laksanakan, mungkin tidak akan cukup seharian. Lebih 200 inisiatif telah kita capai dan insya-Allah, selagi saya diberi amanah, saya akan pastikan rakyat negeri Melaka terus menerima manfaat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

467
Kongsi :
Previous post KEROSAKAN RUMAH, TANAH RUNTUH ANTARA ISU UTAMA PENDUDUK GADEK
Next post MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN